Tuesday, 19 February 2013

Pekerja Asing Juga Wajib Insurans


Bagaimana dengan kita - rakyat Malaysia?


Pekerja Asing Dilindungi Insurans SPIKPA Boleh Masuk Hospital Kerajaan Tanpa Deposit

Pekerja asing yang dilindungi polisi insurans Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) boleh dimasukkan ke hospital kerajaan tanpa perlu membayar deposit atau mengemukakan surat jaminan daripada syarikat insurans.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata SKHPPA, yang wajib diambil semua pekerja asing berikutan penguatkuasaan Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (Spikpa) pada 1 Jan lepas, membolehkan pelaksanaan "tanpa tunai" dibuat.


"Pekerja asing hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri iaitu pasport bagi proses pengesahan di kaunter daftar masuk hospital Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

SKHPPA memberikan jumlah perlindungan insurans kesihatan sebanyak RM10,000 dengan bayaran premium insurans sebanyak RM120 setahun.

Liow berkata majikan diwajibkan menanggung polisi insurans bagi sektor perladangan dan pembantu rumah manakala bagi sektor-sektor lain pekerja asing sendiri yang menanggung polisi insurans itu.

Beliau berkata pekerja asing yang sedang bekerja di Malaysia pada masa ini juga diwajibkan dan diberikan tempoh selama tiga bulan untuk membeli polisi insurans tersebut.

"Bagi kumpulan ini, bayaran premium yang akan dikenakan oleh syarikat insurans yang terlibat adalah berdasarkan perkiraan baki hari bagi tempoh sah laku permit kerja.

"Bagi pekerja asing yang gagal untuk berbuat demikian, mereka tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui permit kerja apabila permit tersebut tamat tempoh kelak," katanya.

Katanya majikan yang telah mendahulukan bayaran premium polisi insurans tersebut hendaklah memohon kebenaran Ketua Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi tujuan membuat pemotongan gaji pekerja asing.

Liow berkata pekerja asing yang dikesan mempunyai bil tertunggak di hospital Kementerian Kesihatan, pekerja asing atau majikan bertanggungjawab untuk menjelaskan bil itu sebelum memohon pembaharuan permit kerja.

Pekerja asing yang gagal menjelaskan bil tertunggak tersebut tidak akan dibenarkan memperbaharui permit kerja manakala majikan pula akan disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen serta tidak dibenarkan mengambil pekerja asing baru, katanya.

Liow berkata sebanyak 17 buah syarikat insurans bersetuju untuk menyertai Spikpa dengan 11 syarikat insurans bersedia memasarkan polisi insurans tersebut mulai 1 Jan lepas.

"Manakala empat syarikat insurans bersedia memasarkan polisi mereka mulai 1 Feb dan selebihnya bermula 15 Feb," katanya.

Senarai syarikat insurans tersebut adalah AXA Affin General Insurance Bhd, Berjaya Sompo Insurance Bhd, Jerneh Insurance Bhd, Kurnia Insurans (Malaysia) Bhd, Malaysian Assurance Alliance Bhd, MUI Continental Insurance Bhd, Progressive Insurance Bhd, RHB Insurance Bhd, The Pacific Insurance Bhd dan Tokio Marine Insurance (Malaysia) Bhd.

Sementara empat syarikat yang bersedia memasarkan mulai 1 Feb ialah Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd, QBE Insurance (Malaysia) Bhd, Oversea Assurance Corporation (M) Bhd dan Syarikat Takaful Malaysia Bhd manakala Oriental Capital Assurance Bhd dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd pula pada 15 Feb. - BERNAMA

Nota: Dapatkan maklumat lanjut SEGERA!!!

Monday, 4 February 2013

Bersediakah Kita Untuk Hari Esok?: Nasihat Seorang Jutawan

Bersediakah Kita Untuk Hari Esok?: Nasihat Seorang Jutawan:
Jutawan oh jutawan Tiada siapa di dunia ini tidak pernah mengimpikan untuk menjadi seorang jutawan. Jika bukan sebagai jutawan harta s...

Kisah Cemas

Baru-baru ini ketika penulis menghantar anak yang berumur 5 tahun dan seorang anak jiran ke Taska di Shah Alam... 


Berkumandang di radio tempatan satu topik PERKONGSIAN PENGALAMAN CEMAS, dan pemanggilnya ialah seorang lelaki yang mahu berkongsi PERISTIWA YANG SANGAT MENGEJUTKAN beliau...

Dialognya begini:
DJ: Ok slot kita harini ialah perkongsian seorang lelaki yang mengalami kejadian yang sangat mengejutkan beliau... Ok, boleh kamu ceritakan pengalaman tersebut?
Pemanggil: Baru-baru ni saya mengalami kejadian yang sangat mengejutkan ketika nak mengisi minyak kereta. Saya didatangi dua (2) perompak yang meletakkan sebilah pisau di pinggang saya dan meminta saya menyerahkan kunci kereta.
DJ: Pukul berapa tu? Berani diaorang buat kerja di tempat orang ramai. Habis apa kamu lakukan?

Pemanggil: Bukan. Waktu tu pukul 1 pagi. Hanya beberapa orang di stesyen minyak tersebut. Saya terkejut yang amat sangat hingga seolah-olah terkena strok. Saya serahkan kunci dan terus perompak tu bawa lari kereta saya. Yang saya risau tu bukan setakat kereta, banyak dokumen-dokumen sulit macam mykid anak saya dan sijil lahir di dalam kereta. Silat pun saya tak ingat pada masa tu.

DJ: Apa yanng berlaku lepas tu?
Pemanggil: Saya buat laporan polis  selepas tu. Kemudian selepas 3 jam, sekali lagi saya terkejut - kereta saya berjaya dijumpai pihak polis. Semua dokumen masih ada - Alhamdulillah.
DJ: Tiada barang yang hilang?
Pemanggil: Radio dan duit yang ada dalam kereta sahaja hilang tapi duit tak lah banyak sangat.
DJ : Nasib baik. Habis apa nasihat kamu pada pendengar-pendengar kita di radio?
Pemanggil: Pesan saya, jika berlaku kejadian seperti itu, janganlah teragak-agak untuk menyerahkan sahaja kereta tu, sebab KERETA KITA ADA INSURANS.
         DJ: Ok terima kasih. Semoga semua pendengar mengambil iktibar dari peristiwa ini.

Talian ditamatkan.

Sehingga saat ini, masih terngiang-ngiang kata pesanan dari lelaki tersebut di telinga penulis. Persoalannya...Apa Yang Patut Kita Lindungi?

Kita sanggup lindungi harta kita dengan Insurans kerana takutkan kejadian kemalangan atau peristiwa yang tidak diingini berlaku. Dan kita faham bahawa harta tersebut bukanlah segala-galanya berbanding keselamatan atau nyawa.

Namun sejauh mana kita sedar atau tidak bahawa DIRI KITA SENDIRI YANG PATUT DILINDUNGI terlebih dahulu, kerana kita sebagai PEMILIK yang membayar / mengekalkan harta tersebut patut diberi lebih KEUTAMAAN. Tanpa NYAWA atau KESIHATAN atau KESELAMATAN pada kita, semua harta tersebut tidak bermakna. Lebih teruk lagi ia BOLEH MENJADI BEBAN pula kepada ahli keluarga yang ditinggalkan. 






Tuesday, 29 January 2013

Resepi Bisnes Si Ayah


Lama dahulu penulis terbaca satu kisah teladan dan nasihat dari seorang ayah buat bekalan pada anak-anaknya tentang resepi untuk berjaya dalam perniagaan. Ia dikisahkan sebegini...

Ketika sedang sakit tenat, si ayah memanggil dua anak dan isterinya bersama. Si ayah berkata : "Nak, sesudah ayah pergi menghadap Ilahi nanti, janganlah kamu bersedih, ayah tidak tinggalkan kamu kekayaan yang melimpah ruah, tapi ayah rasakan ia cukup untuk kamu dan ibumu. Si ayah menyambung lagi: "Ayah tinggalkan perniagaan ini untuk kamu berdua, dan ingatlah dua (2) perkara sebagai resepi yang ayah selalu gunakan untuk memajukan perniagaan Ayah.   

Pertama : 
"Jika ada orang berhutang pada kamu, janganlah kamu tuntut hutang tersebut, biarlah mereka sendiri yang membayarnya". 

Kedua   :  
"Elaklah kamu dari terdedah pada sinar matahari pagi dan pada waktu petang, sebab ia tidak bagus untuk kamu"

Tidak lama kemudian, si ayah menghembuskan nafas yang terakhir. Kedua-dua anaknya meneruskan perniagaan yang ditinggalkan oleh ayah mereka. Disebabkan sikap si adik sebagai darah muda, si ibu membahagikan perniagaan yang ditinggalkan oleh si ayah kepada kedua anaknya dengan syarat akan dinilai semula prestasi masing-masing pada setiap 3 tahun. Lalu mereka pun menjalankan perniagaan masing-masing.

Tiga (3) tahun pun berlalu, perniagaan si abang bertambah hebat dan berjaya dikembangkan ke beberapa bandar lain di dalam negara. Manakala perniagaan si adik semakin teruk sehingga hampir bankrup. Keadaan ini amat mencemaskan si ibu, lalu mereka bertiga berkumpul untuk membincangkan keadaan tersebut.

Berkata Ibu kepada anak si Adik, "ibu lihat perniagaan kamu semakin teruk berbanding dengan abang kamu, adakah kamu tidak melaksanakan resepi perniagaan yang ditinggalkan oleh arwah ayah dahulu? Si adik menjawab: Sebab itulah saya semakin teruk bu, saya dikelilingi hutang sebab saya tidak dapat menuntut kembali hutang-hutang dari pelanggan saya, lalu terpaksa berhutang pula dengan pemborong. Si ibu bertanya lagi " bagaimana dengan resepi kedua? Si adik menjawab: itu pun satu hal ibu, saya terpaksa berbelanja lebih setiap kali mahu keluar dari rumah atau ke mana sahaja, bimbang cahaya matahari pagi dan petang itu akan membawa mudarat pada perniagaan seperti yang dipesan ayah, lalu saya terpaksa menggaji pemandu, membeli rumah yang ada ruang bawah tanah dan beli ruang pejabat di bangunan-bangunan yang ada tempat laluan dan letak kereta dibawah tanah." 

"Habis bagaimana pula kamu boleh semakin maju dan berjaya dalam perniagaan, adakah kamu melanggar pesan ayah?" tanya Ibu pada si Abang. Jawab si Abang " Bukan begitu ibu dan adik, disebabkan abang mengikut pesan ayah lah yang menyebabkan abang berjaya sebegini". Si Ibu tersenyum dan bertanya lagi "bagaimana begitu, terangkanlah pada adikmu". Jawab si Abang "Ayah berpesan jangan menuntut hutang dari orang yang berhutang, jadi semua urusniaga saya jalankan secara TUNAI - semua pelanggan saya membayar terus dengan tunai - tiada hutang yang dibuat, jadi tidak perlulah saya menuntut hutang" Sambungnya lagi "keduanya, saya keluar sebelum matahari terbit dan balik ke rumah sesudah matahari terbenam - pada permulaannya agak sukar, tetapi lama kelamaan ramai pelanggan saya dan rakan niaga yang seronok berurusan dengan saya kerana prinsip tersebut." Lalu si Ibu berkata : "lihatlah nak, belajarlah kamu dari pesan ayahmu, bergandinglah bahu, bantu membantu sesama kamu - yang tua membantu yang muda, yang muda menghormati yang tua".

Kini si Adik pun faham, kerana selama ini dia sudah tersalah sangka dengan pesan ayahnya. Kerana pengalaman dan pendedahannya dalam perniagaan masih mentah berbanding abangnya, perniagaannya nyaris-nyaris tersungkur. Selepas itu mereka kembali bersatu dalam memajukan perniagaan warisan tersebut.

Begitulah kisahnya. Semoga dapat memberi teladan dan sempadan. Penulis hanya menyampaikan sahaja.

Sekadar Gambar Hiasan




P/s: Pesan penulis pada diri sendiri, supaya tahun 2013 ini lebih berdisiplin, konsisten dan sentiasa 'kaizen' - "never ending improvement".








Saturday, 26 January 2013

Jaminan dari Insan Agung

Setiap insan Islam yang percaya dan yakin, wajib mengimpikan keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi. Amat penting untuk kita menetapkan diri di atas jalan yang benar dan lurus kearah fitrah Allah.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang membawakan kita kalam Allah yang membawa kepada kebenaran- kerana darinya kita mengenal erti iman - atau bahasa mudahnya erti percaya dan yakin pada perkara-perkara ghaib (rukun iman).

Sebenarnya, dalam kesibukan kita mengejar kejayaan dan kebahagiaan di dunia, penulis terdengar dari Radio IKIM tentang Khutbah terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah di haji Pertama dan Terakhir baginda s.a.w. Baginda sendiri sudah meninggalkan kita dengan garis panduan - atau boleh juga dikatakan insurans ke arah kejayaan yang sebenar. Bunyinya begini.



"tidak akan tersesat selama-lamanya" ini ialah satu jaminan ("guaranteed Insurance"). 

"iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulnya (Al-hikmah). " - syarat untuk mendapat jaminan.

"berpegang" - adalah perbuatan / tindakan yang perlu dibuat untuk mencukupkan syarat. 

Walaubagaimanapun keadaan kita pada hari ini- seakan-akan terlupa/lalai bahawa 'jaminan' yang dijanjikan oleh insan agung - Muhammad S.A.W ini adalah SANGAT KONKRIT

Apa yang kita selama ini berbuat hanyalah sekadar membaca Kitab Allah (Al-Quran) tersebut pada masa-masa tertentu sahaja di malam jumaat - baca surah Yassin; di bulan ramadhan - tadarus Al-Quran dengan lagu-lagu - namun intipati utamanya hanya sedikit sahaja yang difahami. Lantaran ketidakfahaman atau amat sedikit yang difahami ini, maka lagi sedikitlah yang dapat diguna pakai dalam urusan seharian. 

Berpegang dalam erti kata sebenar dalam konteks Jaminan Rasulullah tersebut, dijelaskan oleh ilmuan hadis sebagai:

1. Membaca       100%
2. Memahami     100%
3. Melaksanakan 100%

Sejenak, penulis bertanya kepada diri, berapa peratuskah yang sudah kita capai? Berapa banyak usaha kita untuk mencapainya?

Semoga Allah memberi kesempatan kepada diri ini dan semua untuk mencapainya 100% sebelum menghembus nafas yang terakhir di muka bumi ini.




















Tuesday, 22 January 2013

Nasihat Seorang Jutawan


Jutawan oh jutawan

Tiada siapa di dunia ini tidak pernah mengimpikan untuk menjadi seorang jutawan. Jika bukan sebagai jutawan harta sekalipun, mungkin jutawan akhlak atau jutawan paras rupa. Sangat subjektif sebenarnya bila nak cari pengertian jutawan - ia bergantung pada definisi dan matlamat individu yang mengejarnya sendiri.

Soalannya :- Bagaimana 'mereka' = jutawan mengejar dan mencapai impian mereka? 

Mungkin dari usaha mereka atau warisan keluarga atau peluang yang mereka dapat. Juga subjektif sebenarnya. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertujuan untuk merungkai cara mereka mendapatkannya. Namun begitu, ia adalah perkongsian salah seorang dari jutawan tersebut kepada penulis. 

Caranya seperti gambarajah berikut:-
Asasnya, 'mereka' membentuk disiplin MENYIMPAN LEBIH AWAL dari membelanjakannya. Teknik ini nampah mudah atau ramai yang mengatakan - 

"owh bolehlah, mereka ada duit banyak - boleh lah simpan dahulu baru belanja"

TIDAK. 

Sebenarnya disiplin / tabiat ini dipupuk bermula dengan sekecil-kecil pendapatan. Contohnya jika mendapat upah sebanyak RM1 sekalipun mestilah dibahagikan kepada 3 bahagian. Dan mesti diDAHULUkan dengan simpanan.

Penulis The Best Selling Book "Rich Dad Poor Dad" mengatakan:- 

"Pay yourself first, pay others last"
~ utamakan bayaran pada kamu (simpan), kemudian baru bayar orang lain (belanja)

Kita kebiasaannya merancang berbuat demikian pada hari gaji atau ketika dapat durian runtuh seperti BONUS, Kenaikan GAJI dsb. Tetapi, pada 'hari' tersebut, dengan mudah kita ketepikan perancangan yang telah dibuat.

Kesimpulannya, disiplin yang membentuk tabiat. Jika kita 'disiplin' untuk mengekalkan tabiat lama- maka tepuk dada tanyalah Iman. Jika mahu berubah, ubahlah perkara yang tidak biasa dilakukan. 

BUAT PERUBAHAN TAHUN INI 
     BUAT PERUBAHAN HARI INI
           BUAT PERUBAHAN SEKARANG

Sekian.

P/S Pesan penulis kepada diri sendiri juga. Supaya konsisten menulis dan membuat tambah nilai dari masa ke semasa.

P/S/S Akan datang penulis cuba kongsikan pengalaman kawan-kawan yang sudah menjadi jutawan selama 1 tahun dan kembali menjadi orang 'biasa'...




Monday, 21 January 2013

Insurans dan kepentingannya...

APAKAH INSURANS?

Bahasa mudahnya ialah Bantuan Berbentuk Kewangan dari pihak tertentu yang sanggup berkongsi risiko (musibah/malapetaka/kemalangan) dengan individu/kumpulan yang membayar, melalui syarat-syarat tertentu yang dipersetujui bersama.

JENIS INSURANS?
1. Insurans Am   

  • Insurans Kenderaan
  • Insurans Kebakaran
  • Insurans Kecurian
  • Insurans Pampasan Pekerjaan
  • Insurans Liabiliti Awam
  • Insurans Semua Risiko Kontraktor dll

2. Insurans Hayat

  • Insurans Hayat
  • Insurans Endowment
  • Insurans Terma
  • Insurans Berkait Pelaburan dll


BAGAIMANA DENGAN KITA?

Retoriknya ramai juga yang memberikan alasan:

1. TIDAK PERLUKAN insurans
2. Masih MUDA
3. BELUM BERSEDIA
4. TAK CUKUP 'budget'
5. Ada PERLINDUNGAN DARI MAJIKAN 
6. Ada BANYAK HARTA

Dan bermacam-macam lagi alasan untuk mengelak...di negara kita masih ramai yang me'rasa'kan perlindungan Insurans itu satu Kemahuan (Wants) atau Kemewahan (Luxury).

HAKIKATNYA...

Insurans KINI tidak lagi sekadar Kemahuan atau sebagai barang MEWAH, tetapi ia adalah satu Keperluan (Needs) sama seperti perlunya kita pada Makanan, Tempat tinggal, Pakaian, Pendidikan dsb.

KENAPA IA MENJADI KEPERLUAN MASA KINI?
  •  Banyak sakit kronik yang PERLU RAWATAN SEGERA
  •  Risiko penyakit yang bertambah (Persekitaran, Gaya Hidup, Pemakanan, Pekerjaan dsb)
  •  Inflasi Kos Perubatan 17% setiap tahun berbanding 5%~10% kenaikan gaji.
  •  Beban hutang kepada keluarga apabila meninggal dunia


Ini ialah anggaran kos rawatan di Malaysia




3 Perkara yang PASTI melanda setiap manusia:

TUA ~ SAKIT ~ MATI
walaupun kita makan semua makanan anti-penuaan ~ usia tetap meningkat
walau sebaik manapun makanan yang diambil ~ sakit pasti melanda
walau kita berbuat 'mesin masa' - kematian PASTI akan datang.


Soalannya, 

SEJAUH MANAKAH KITA BERSEDIA UNTUK HARI ESOK?


Banyak cara penyelesaiannya:
Menabung untuk kecemasan
Meminjam dari keluarga, kad kredit, Along
Minta Derma ~ BERSAMAMU dsb
Dapatkan Rawatan PERCUMA di hospital awam


Cuma...

Adakah Kita Konsisten Menabung Untuk Kecemasan?
Tidak / Ya...
~ berapa BANYAK? RM50? RM100? RM200? RM1,000
Jika perlukan RM100,000 dalam tempoh beberapa hari? Ternyata kita perlu menyimpan RM1000 ke RM2000 setiap bulan bermula sekarang....tak praktikal bukan?


Meminjam dari keluarga, saudara mara, jiran
~ berapa banyak boleh dapat? 
Realitinya RM50~RM100 wang ihsan, sebab ramai antara mereka juga kurang bersedia.

Minta derma

~ berapa banyak boleh dapat? 
Realitinya jika kita BUKAN SELEBRITI, ATAU ORANG PENTING, kita akan dapat beberapa % sahaja dari yang kita perlukan.

BERTENANG...
bukan tujuan saya menakutkan anda semua

Sebab ADA penyelesaian mudah yang kita selalu ABAIKAN ...

INSURANS !!!



Dengan hanya PENGORBANAN BERBALOI yang kita lakukan sekarang dapat MEMBANTU menyelesaikannya.

BERTINDAKLAH SEKARANG

Saya boleh BANTU anda mendapatkannya PERCUMA

Hubungi saya di :
syamsul.wealth@gmail.com
Hp: 019.6666.404