Baru-baru ini ketika penulis menghantar anak yang berumur 5 tahun dan seorang anak jiran ke Taska di Shah Alam...
Berkumandang di radio tempatan satu topik PERKONGSIAN PENGALAMAN CEMAS, dan pemanggilnya ialah seorang lelaki yang mahu berkongsi PERISTIWA YANG SANGAT MENGEJUTKAN beliau...
Dialognya begini:
DJ: Ok slot kita harini ialah perkongsian seorang lelaki yang mengalami kejadian yang sangat mengejutkan beliau... Ok, boleh kamu ceritakan pengalaman tersebut?
Pemanggil: Baru-baru ni saya mengalami kejadian yang sangat mengejutkan ketika nak mengisi minyak kereta. Saya didatangi dua (2) perompak yang meletakkan sebilah pisau di pinggang saya dan meminta saya menyerahkan kunci kereta.
DJ: Pukul berapa tu? Berani diaorang buat kerja di tempat orang ramai. Habis apa kamu lakukan?
Pemanggil: Bukan. Waktu tu pukul 1 pagi. Hanya beberapa orang di stesyen minyak tersebut. Saya terkejut yang amat sangat hingga seolah-olah terkena strok. Saya serahkan kunci dan terus perompak tu bawa lari kereta saya. Yang saya risau tu bukan setakat kereta, banyak dokumen-dokumen sulit macam mykid anak saya dan sijil lahir di dalam kereta. Silat pun saya tak ingat pada masa tu.
DJ: Apa yanng berlaku lepas tu?
Pemanggil: Saya buat laporan polis selepas tu. Kemudian selepas 3 jam, sekali lagi saya terkejut - kereta saya berjaya dijumpai pihak polis. Semua dokumen masih ada - Alhamdulillah.
DJ: Tiada barang yang hilang?
Pemanggil: Radio dan duit yang ada dalam kereta sahaja hilang tapi duit tak lah banyak sangat.
DJ : Nasib baik. Habis apa nasihat kamu pada pendengar-pendengar kita di radio?
Pemanggil: Pesan saya, jika berlaku kejadian seperti itu, janganlah teragak-agak untuk menyerahkan sahaja kereta tu, sebab KERETA KITA ADA INSURANS.DJ: Ok terima kasih. Semoga semua pendengar mengambil iktibar dari peristiwa ini.
Talian ditamatkan.
Sehingga saat ini, masih terngiang-ngiang kata pesanan dari lelaki tersebut di telinga penulis. Persoalannya...Apa Yang Patut Kita Lindungi?
Kita sanggup lindungi harta kita dengan Insurans kerana takutkan kejadian kemalangan atau peristiwa yang tidak diingini berlaku. Dan kita faham bahawa harta tersebut bukanlah segala-galanya berbanding keselamatan atau nyawa.
Namun sejauh mana kita sedar atau tidak bahawa DIRI KITA SENDIRI YANG PATUT DILINDUNGI terlebih dahulu, kerana kita sebagai PEMILIK yang membayar / mengekalkan harta tersebut patut diberi lebih KEUTAMAAN. Tanpa NYAWA atau KESIHATAN atau KESELAMATAN pada kita, semua harta tersebut tidak bermakna. Lebih teruk lagi ia BOLEH MENJADI BEBAN pula kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.
No comments:
Post a Comment