Setiap insan Islam yang percaya dan yakin, wajib mengimpikan keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi. Amat penting untuk kita menetapkan diri di atas jalan yang benar dan lurus kearah fitrah Allah.
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang membawakan kita kalam Allah yang membawa kepada kebenaran- kerana darinya kita mengenal erti iman - atau bahasa mudahnya erti percaya dan yakin pada perkara-perkara ghaib (rukun iman).
Sebenarnya, dalam kesibukan kita mengejar kejayaan dan kebahagiaan di dunia, penulis terdengar dari Radio IKIM tentang Khutbah terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah di haji Pertama dan Terakhir baginda s.a.w. Baginda sendiri sudah meninggalkan kita dengan garis panduan - atau boleh juga dikatakan insurans ke arah kejayaan yang sebenar. Bunyinya begini.
"tidak akan tersesat selama-lamanya" ini ialah satu jaminan ("guaranteed Insurance").
"iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulnya (Al-hikmah). " - syarat untuk mendapat jaminan.
"berpegang" - adalah perbuatan / tindakan yang perlu dibuat untuk mencukupkan syarat.
Walaubagaimanapun keadaan kita pada hari ini- seakan-akan terlupa/lalai bahawa 'jaminan' yang dijanjikan oleh insan agung - Muhammad S.A.W ini adalah SANGAT KONKRIT.
Apa yang kita selama ini berbuat hanyalah sekadar membaca Kitab Allah (Al-Quran) tersebut pada masa-masa tertentu sahaja di malam jumaat - baca surah Yassin; di bulan ramadhan - tadarus Al-Quran dengan lagu-lagu - namun intipati utamanya hanya sedikit sahaja yang difahami. Lantaran ketidakfahaman atau amat sedikit yang difahami ini, maka lagi sedikitlah yang dapat diguna pakai dalam urusan seharian.
Berpegang dalam erti kata sebenar dalam konteks Jaminan Rasulullah tersebut, dijelaskan oleh ilmuan hadis sebagai:
1. Membaca 100%
2. Memahami 100%
3. Melaksanakan 100%
Sejenak, penulis bertanya kepada diri, berapa peratuskah yang sudah kita capai? Berapa banyak usaha kita untuk mencapainya?
Semoga Allah memberi kesempatan kepada diri ini dan semua untuk mencapainya 100% sebelum menghembus nafas yang terakhir di muka bumi ini.

No comments:
Post a Comment