Tuesday, 22 January 2013

Nasihat Seorang Jutawan


Jutawan oh jutawan

Tiada siapa di dunia ini tidak pernah mengimpikan untuk menjadi seorang jutawan. Jika bukan sebagai jutawan harta sekalipun, mungkin jutawan akhlak atau jutawan paras rupa. Sangat subjektif sebenarnya bila nak cari pengertian jutawan - ia bergantung pada definisi dan matlamat individu yang mengejarnya sendiri.

Soalannya :- Bagaimana 'mereka' = jutawan mengejar dan mencapai impian mereka? 

Mungkin dari usaha mereka atau warisan keluarga atau peluang yang mereka dapat. Juga subjektif sebenarnya. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertujuan untuk merungkai cara mereka mendapatkannya. Namun begitu, ia adalah perkongsian salah seorang dari jutawan tersebut kepada penulis. 

Caranya seperti gambarajah berikut:-
Asasnya, 'mereka' membentuk disiplin MENYIMPAN LEBIH AWAL dari membelanjakannya. Teknik ini nampah mudah atau ramai yang mengatakan - 

"owh bolehlah, mereka ada duit banyak - boleh lah simpan dahulu baru belanja"

TIDAK. 

Sebenarnya disiplin / tabiat ini dipupuk bermula dengan sekecil-kecil pendapatan. Contohnya jika mendapat upah sebanyak RM1 sekalipun mestilah dibahagikan kepada 3 bahagian. Dan mesti diDAHULUkan dengan simpanan.

Penulis The Best Selling Book "Rich Dad Poor Dad" mengatakan:- 

"Pay yourself first, pay others last"
~ utamakan bayaran pada kamu (simpan), kemudian baru bayar orang lain (belanja)

Kita kebiasaannya merancang berbuat demikian pada hari gaji atau ketika dapat durian runtuh seperti BONUS, Kenaikan GAJI dsb. Tetapi, pada 'hari' tersebut, dengan mudah kita ketepikan perancangan yang telah dibuat.

Kesimpulannya, disiplin yang membentuk tabiat. Jika kita 'disiplin' untuk mengekalkan tabiat lama- maka tepuk dada tanyalah Iman. Jika mahu berubah, ubahlah perkara yang tidak biasa dilakukan. 

BUAT PERUBAHAN TAHUN INI 
     BUAT PERUBAHAN HARI INI
           BUAT PERUBAHAN SEKARANG

Sekian.

P/S Pesan penulis kepada diri sendiri juga. Supaya konsisten menulis dan membuat tambah nilai dari masa ke semasa.

P/S/S Akan datang penulis cuba kongsikan pengalaman kawan-kawan yang sudah menjadi jutawan selama 1 tahun dan kembali menjadi orang 'biasa'...




No comments:

Post a Comment