Tuesday, 19 February 2013

Pekerja Asing Juga Wajib Insurans


Bagaimana dengan kita - rakyat Malaysia?


Pekerja Asing Dilindungi Insurans SPIKPA Boleh Masuk Hospital Kerajaan Tanpa Deposit

Pekerja asing yang dilindungi polisi insurans Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) boleh dimasukkan ke hospital kerajaan tanpa perlu membayar deposit atau mengemukakan surat jaminan daripada syarikat insurans.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata SKHPPA, yang wajib diambil semua pekerja asing berikutan penguatkuasaan Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (Spikpa) pada 1 Jan lepas, membolehkan pelaksanaan "tanpa tunai" dibuat.


"Pekerja asing hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri iaitu pasport bagi proses pengesahan di kaunter daftar masuk hospital Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

SKHPPA memberikan jumlah perlindungan insurans kesihatan sebanyak RM10,000 dengan bayaran premium insurans sebanyak RM120 setahun.

Liow berkata majikan diwajibkan menanggung polisi insurans bagi sektor perladangan dan pembantu rumah manakala bagi sektor-sektor lain pekerja asing sendiri yang menanggung polisi insurans itu.

Beliau berkata pekerja asing yang sedang bekerja di Malaysia pada masa ini juga diwajibkan dan diberikan tempoh selama tiga bulan untuk membeli polisi insurans tersebut.

"Bagi kumpulan ini, bayaran premium yang akan dikenakan oleh syarikat insurans yang terlibat adalah berdasarkan perkiraan baki hari bagi tempoh sah laku permit kerja.

"Bagi pekerja asing yang gagal untuk berbuat demikian, mereka tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui permit kerja apabila permit tersebut tamat tempoh kelak," katanya.

Katanya majikan yang telah mendahulukan bayaran premium polisi insurans tersebut hendaklah memohon kebenaran Ketua Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi tujuan membuat pemotongan gaji pekerja asing.

Liow berkata pekerja asing yang dikesan mempunyai bil tertunggak di hospital Kementerian Kesihatan, pekerja asing atau majikan bertanggungjawab untuk menjelaskan bil itu sebelum memohon pembaharuan permit kerja.

Pekerja asing yang gagal menjelaskan bil tertunggak tersebut tidak akan dibenarkan memperbaharui permit kerja manakala majikan pula akan disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen serta tidak dibenarkan mengambil pekerja asing baru, katanya.

Liow berkata sebanyak 17 buah syarikat insurans bersetuju untuk menyertai Spikpa dengan 11 syarikat insurans bersedia memasarkan polisi insurans tersebut mulai 1 Jan lepas.

"Manakala empat syarikat insurans bersedia memasarkan polisi mereka mulai 1 Feb dan selebihnya bermula 15 Feb," katanya.

Senarai syarikat insurans tersebut adalah AXA Affin General Insurance Bhd, Berjaya Sompo Insurance Bhd, Jerneh Insurance Bhd, Kurnia Insurans (Malaysia) Bhd, Malaysian Assurance Alliance Bhd, MUI Continental Insurance Bhd, Progressive Insurance Bhd, RHB Insurance Bhd, The Pacific Insurance Bhd dan Tokio Marine Insurance (Malaysia) Bhd.

Sementara empat syarikat yang bersedia memasarkan mulai 1 Feb ialah Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd, QBE Insurance (Malaysia) Bhd, Oversea Assurance Corporation (M) Bhd dan Syarikat Takaful Malaysia Bhd manakala Oriental Capital Assurance Bhd dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd pula pada 15 Feb. - BERNAMA

Nota: Dapatkan maklumat lanjut SEGERA!!!

Monday, 4 February 2013

Bersediakah Kita Untuk Hari Esok?: Nasihat Seorang Jutawan

Bersediakah Kita Untuk Hari Esok?: Nasihat Seorang Jutawan:
Jutawan oh jutawan Tiada siapa di dunia ini tidak pernah mengimpikan untuk menjadi seorang jutawan. Jika bukan sebagai jutawan harta s...

Kisah Cemas

Baru-baru ini ketika penulis menghantar anak yang berumur 5 tahun dan seorang anak jiran ke Taska di Shah Alam... 


Berkumandang di radio tempatan satu topik PERKONGSIAN PENGALAMAN CEMAS, dan pemanggilnya ialah seorang lelaki yang mahu berkongsi PERISTIWA YANG SANGAT MENGEJUTKAN beliau...

Dialognya begini:
DJ: Ok slot kita harini ialah perkongsian seorang lelaki yang mengalami kejadian yang sangat mengejutkan beliau... Ok, boleh kamu ceritakan pengalaman tersebut?
Pemanggil: Baru-baru ni saya mengalami kejadian yang sangat mengejutkan ketika nak mengisi minyak kereta. Saya didatangi dua (2) perompak yang meletakkan sebilah pisau di pinggang saya dan meminta saya menyerahkan kunci kereta.
DJ: Pukul berapa tu? Berani diaorang buat kerja di tempat orang ramai. Habis apa kamu lakukan?

Pemanggil: Bukan. Waktu tu pukul 1 pagi. Hanya beberapa orang di stesyen minyak tersebut. Saya terkejut yang amat sangat hingga seolah-olah terkena strok. Saya serahkan kunci dan terus perompak tu bawa lari kereta saya. Yang saya risau tu bukan setakat kereta, banyak dokumen-dokumen sulit macam mykid anak saya dan sijil lahir di dalam kereta. Silat pun saya tak ingat pada masa tu.

DJ: Apa yanng berlaku lepas tu?
Pemanggil: Saya buat laporan polis  selepas tu. Kemudian selepas 3 jam, sekali lagi saya terkejut - kereta saya berjaya dijumpai pihak polis. Semua dokumen masih ada - Alhamdulillah.
DJ: Tiada barang yang hilang?
Pemanggil: Radio dan duit yang ada dalam kereta sahaja hilang tapi duit tak lah banyak sangat.
DJ : Nasib baik. Habis apa nasihat kamu pada pendengar-pendengar kita di radio?
Pemanggil: Pesan saya, jika berlaku kejadian seperti itu, janganlah teragak-agak untuk menyerahkan sahaja kereta tu, sebab KERETA KITA ADA INSURANS.
         DJ: Ok terima kasih. Semoga semua pendengar mengambil iktibar dari peristiwa ini.

Talian ditamatkan.

Sehingga saat ini, masih terngiang-ngiang kata pesanan dari lelaki tersebut di telinga penulis. Persoalannya...Apa Yang Patut Kita Lindungi?

Kita sanggup lindungi harta kita dengan Insurans kerana takutkan kejadian kemalangan atau peristiwa yang tidak diingini berlaku. Dan kita faham bahawa harta tersebut bukanlah segala-galanya berbanding keselamatan atau nyawa.

Namun sejauh mana kita sedar atau tidak bahawa DIRI KITA SENDIRI YANG PATUT DILINDUNGI terlebih dahulu, kerana kita sebagai PEMILIK yang membayar / mengekalkan harta tersebut patut diberi lebih KEUTAMAAN. Tanpa NYAWA atau KESIHATAN atau KESELAMATAN pada kita, semua harta tersebut tidak bermakna. Lebih teruk lagi ia BOLEH MENJADI BEBAN pula kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.